December 31, 2013

"nak sambung bidang apa?"

Assalamualaikum dan hai.
Jadi,aku sambut new year di Terengganu.kalau orang tanya kenapa balik kampung,my answer is i'm back for tv channels (ye la kat rumah tak ada channel fox dan hbo.mati kebosanan aku tengok channel yang sama ja.oh kecuali aku tak bosan tengok Kim Tan.wiwiwiwiwi) dan semestinya caca dan haris tu sebagai bonus.(caca dan haris tu anak sepupu aku.they are super cute)

berbalik dengan tujuan utama aku untuk entry kali ni,kelmarin sepupu aku singgah di rumah sebab nak bagi kad kahwin dia.adik dia sama umur denga aku which means adik dia pun tunggu result macam aku.adik dia tanya nak sambung apa lepas dapat result.well,bukan dia saja yang tanya.mr tan,ticer su,kawan-kawan ramai jugak yang tanya.aku diamkan saja.jadi,untuk sepupu aku yang ni,yang aku tau dia pun minat seni,aku cakap mungkin aku nak sambung bidang fine arts(walaupun aku tau aku kena banyak improve sebab strokes aku macam tak convincing.macam tak strong tau).aku kata lagi mungkin ma tak bagi (sebab dia fikir bidang tu tak ada masa depan.macam ayat novel).jadi,aku fikir,kalau ma tak bagi ambik fine arts,baik aku ambil maths.kalau tak,sia-sia ja la ma habis duit,habis tenaga,habis minyak kereta hantar aku pi kumon.jadi,misi aku sekarang(selain berusaha jadi completers yang maknanya berusaha dealing dengan worksheets dan jalan kerja yang bagi aku tak masuk akal yang budak umur 17 pun tak patut buat),cari mana-mana universiti(aiseh matrik pun belum masuk) yang tawarkan anything yang major maths.yang sebenarnya,kalau tak ada apa-apa bidang yang aku minat dan yang boleh aku sambung,aku pun taktau nak buat apa.(aku ada fikir nak jadi cikgu seni sebab at least,aku boleh ambil kos seni kan.and kids,i dont have problem with them.tapi,takkan la aku nak ngajar budak sekolah menengah yang perangai pun ya rabb oh yang ni ikut pengalaman)

dan,jangan ada sesiapa bagi cadangan suruh aku ambil medik yang memang belajar susah,on-call 24 jam,cuti susah,masa dengan family kurang,gaji lumayan.dan memang sebab aku tak minat biologi (dan sains waktu tingkatan 1,2,3) aku takkan menyusahkan diri aku dan cari bala buat masalah dengan bidang tu.

akhir kata,selamat bertunang cik nirrosette dan encik pingu toha!
(yang ni memang tak ada kena mengena)

December 25, 2013

lepas SPM

assalamualaikum dan hai.
jadi,aku buat keputusan untuk ber-blogging balik sebab cuti tiga bulan selepas SPM memang membosankan tambah pulak ma tak bagi aku kerja sebab senang nak suruh buat kerja rumah as in jadi bibik katanya.
(sorry for the punctuation marks i've forgotten hha)

jadi,aku tengok ramai kawan-kawan yang kerja part time.ada yang kerja di tesco,village mall,amanjaya mall,dan mana-mana mall yang ada di sungai petani.ada yang jadi cashier,promoter,tukang buat sushi,susun barang dan penebar roti canai pun ada.mula-mula rasa macam dengki jugak sebab orang lain pergi kerja,buat duit,aku dekat rumah,duduk goyang kaki,tambah lemak.ya,memang la yang pergi kerja tu rasa penat.alah,yang penat tu biasalah.at least,ada pengalaman.tak apalah,tolong ma kat rumah pun,income masuk.

kelmarin ada jugak yang tanya,buat apa sekarang? taknak kerja ke? dan ada lah aunty kedai photostat tanya nak kerja ke tak.aku senyum ja.

apa-apa pun,aku suka duduk dekat rumah,goyang kaki,tengok tv.sebabnya,dah setahun ni,aku bertungkus-lumus(amboi) pagi pergi sekolah,petang pergi kumon,malam pulak tusyen.tusyen dah la sampai tiap-tiap hari.ada jugak rasa nak give up,tapi nak buat macam mana,orang lain study untuk SPM takkan kita nak tengok ja.