December 25, 2013

lepas SPM

assalamualaikum dan hai.
jadi,aku buat keputusan untuk ber-blogging balik sebab cuti tiga bulan selepas SPM memang membosankan tambah pulak ma tak bagi aku kerja sebab senang nak suruh buat kerja rumah as in jadi bibik katanya.
(sorry for the punctuation marks i've forgotten hha)

jadi,aku tengok ramai kawan-kawan yang kerja part time.ada yang kerja di tesco,village mall,amanjaya mall,dan mana-mana mall yang ada di sungai petani.ada yang jadi cashier,promoter,tukang buat sushi,susun barang dan penebar roti canai pun ada.mula-mula rasa macam dengki jugak sebab orang lain pergi kerja,buat duit,aku dekat rumah,duduk goyang kaki,tambah lemak.ya,memang la yang pergi kerja tu rasa penat.alah,yang penat tu biasalah.at least,ada pengalaman.tak apalah,tolong ma kat rumah pun,income masuk.

kelmarin ada jugak yang tanya,buat apa sekarang? taknak kerja ke? dan ada lah aunty kedai photostat tanya nak kerja ke tak.aku senyum ja.

apa-apa pun,aku suka duduk dekat rumah,goyang kaki,tengok tv.sebabnya,dah setahun ni,aku bertungkus-lumus(amboi) pagi pergi sekolah,petang pergi kumon,malam pulak tusyen.tusyen dah la sampai tiap-tiap hari.ada jugak rasa nak give up,tapi nak buat macam mana,orang lain study untuk SPM takkan kita nak tengok ja.




No comments:

Post a Comment